Tidak tahu nak mula darimana? cara ini dapat membantu anda menulis secara profesional
Bigger.my • Mac 10, 2021
M enggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahu pun pernyataan merupakan perlakuan semasa menulis. Paul Jennings dalam The Reading Bug, mentafsirkan, menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan (menulis) ini. Begitupun, definisi menulis adalah umum dan ia bersifat mekanikal.
Adakah anda ingin menjadi seorang penulis tetapi tidak tahu hendak bermula daripada mana? Mungkin tip ini dapat membantu anda.
1. Penulisan yang konsisten
Sekiranya anda ingin menjadi penulis, anda haruslah konsisten. Walaupun adakala inspirasi sukar dicara, tetapi sekiranya anda rajin menulis ia pastinya dapat membantu. Anda boleh menulis apa sahaja yang terlintas di kepada dan seterusnya menjadikannya ‘bank idea’ anda. Dengan cara begini, anda mempunyai banyak idea yang boleh dikembangkan pada bila-bila masa sahaja. Tip untuk menulis secara berkala adalah dengan menulis topik atau rangka yang ingin ditulis. Jangan tergesa-gesa melihat kembali penulisan anda, seeloknya biarkan idea dan penulisan dihabiskan dahulu kemudian baru disemak secara keseluruhan.
2. Sediakan rujukan
Sekiranya anda sudah mempunyai idea mengenai apa yang ingin ditulis dan mempunyai banyak idea mengenai topik, jangan lupa untuk menyediakan rujukan. Rujukan ini adalah untuk memperkayakan penulisan anda. Semakin banyak anda membaca, semakin banyak sumber idea dan inspirasi. Rujukan-rujukan ini juga berguna sebagai data sokongan untuk penulisan anda kelak. Oleh itu, kumpulkan sekurang-kurangnya tiga (3) hingga empat (4) rujukan yang boleh dipercayai untuk dijadikan sokongan dalam penulisan anda.
3. Buat garis panduan
Selalunya dalam proses penulisan, ia pastinya tidak terarah dan tidak fokus hanya kepada sesuatu. Oleh itu, buat satu garis panduan sebelum kembangkan topik penulisan yang anda ada. Dalam garis panduan tersebut anda boleh membahagikan bab-bab yang ingin ditulis. Contohnya Bahagian I, Bahagian II, dan Bahagian III. Anda boleh memasukkan rujukan yang diperlukan di dalam bahagian bab. Jadi semasa menulis, anda sudah mengetahui apa yang ingin ditulis dalam bab tersebut.
4. Tetapkan deadline (tarikh akhir)
Apabila rujukan dan garis panduan sudah siap, anda perlu menetapkan deadline untuk penulisan anda. Mempunyai deadline menjadikan anda lebih berdisiplin dan pastinya anda akan lebih fokus untuk menyudahkan penulisan anda. Deadline adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh penulis dan ia perlu dipatuhi, Untuk itu, anda perlu belajar daripada sekarang untuk menjadi seorang penulis yang berpengalaman.
5. Review
Tulisan sudah lengkap dan habis? Jangan terlalu gembira kerana ia belum berakhir. Perkara terakhir yang perlu dilakukan selepas sesebuah penulisan habis ialah mengkaji (baca semula) semula tulisan anda. Ia perlu dilakukan kerana ketika ini anda akan ketahui di manakah kekurangan penulisan anda selain mengesan kesilapan menaip. Semasa bacaan kali kedua dilakukan, anda dapat membuat editing di mana buang perkara-perkara yang dirasakan tidak perlu atau terlalu berat atau meleret-leret. Dalam pembacaan kali kedua ini juga anda boleh menambah fakta atau isi untuk menarikkan lagi penulisan anda. Walaupun bacaan kali kedua ini dilihat sebagai proses semakan, anda juga boleh meminta bantuan daripada sesiapa sahaja untuk membaca hasil penulisan anda. Selalunya, bacaan daripada orang yang bukan menulis bukan sahaja dapat mengesan segala kesalahan tatabahasa, ejaan, jalan cerita dan sebagainya malah adakalanya mereka juga boleh memberikan idea yang menarik untuk menjadikan penulisan anda lebih menarik.