Apabila pos ikut Masa yang betul dimedia sosial ini lah yang terjadi

Bigger.my   •   Februari 7, 2020

Masa terbaik pos melalui Instagram

JJika pilih platform ini, waktu paling baik hantar bahan promosi jenama anda ialah ketika masa makan tengah hari (11 pagi – 1 tengah hari) dan selepas waktu pejabat (7 petang – 9 malam).

Sebahagian besar pengguna Instagram lazimnya hanya log masuk melalui telefon bimbit dan mereka kebiasaannya akan elak daripada melayari media sosial ini pada waktu bekerja pejabat.

• Hari terbaik ialah Isnin, Rabu dan Khamis
• Ahad pula ialah hari terburuk hantar bahan
• Sabtu pula sesuai sekitar jam 5 petang
• Rabu paling banyak dilayari pengguna

Masa terbaik pos melalui Facebook

Untuk capaian maksimum, waktu terbaik kirim hantaran ialah pada hari bekerja antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang kerana ramai berada di pejabat sebelum mereka pulang ke rumah.

Antara sebab utama ialah kebanyakan pengguna Facebook habiskan masa di depan komputer di tempat kerja selepas habis makan tengah hari selain kurang tumpu kepada urusan kerja.

• Hari terbaik ialah Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
• Selasa pula ialah hari terburuk hantar bahan
• Hujung minggu paling banyak capaian pengguna
• Ahad lebih sesuai sekitar jam 3 petang

Masa terbaik pos melalui Twitter

Waktu paling bagus hantar bahan bisnes melalui wadah media sosial ini ialah antara 12 tengah hari hingga 1 tengah hari kerana ramai sibuk makan tengah hari suka baca mesej Twitter.

Pentadbir akaun ini digalakkan buat penjadualan penghantaran sebelum tempoh makan tengah hari kerana pengguna Twitter amat jarang baca bahan dipos sebelum waktu itu dan selepasnya.

• Lima hari bekerja lazimnya tinggi capaian
• Waktu terbaik makan tengah hari Isnin hingga Jumaat
• Rabu ialah hari paling tinggi hantar pos
• Hujung minggu pula terburuk pos bahan