Masa terbaik buat post di media sosial pada 2020

bigger.my   •   Februari 6, 2020

KETAHUI apakah yang anda mahu hantar menerusi media sosial hanyalah sebahagian daripada peperangan namun bilakah waktu terbaik untuk kongsi hantaran tersebut kepada dunia maya?

Sebenarnya masa terbaik untuk hantar atau pos bahan kempen atau promosi melalui media sosial ialah ketika para pelanggan dan pengikut akaun anda sedang aktif berada dalam talian.

Sudah tentu inilah waktu yang sebenar dapat hasil kerja terbaik untuk jenama keluaran firma anda tetapi harus ingat, setiap platform media sosial ada masa berbeza terbaik bagi audiens.

Misalnya, waktu paling bagus buat hantaran menerusi Facebook adalah agak berbeza daripada Instagram selain jika anda ambil kira perbezaan zon masa sesebuah tempat yang tentu rumit.

Justeru, apa kata kita tinjau petua ringkas bagaimana pilih waktu sesuai dan kongsi hebahan ketika melakukan penghantaran melalui kaedah pengurusan akaun media sosial yang terbaik.

Bilakah buat hantaran dan apakah zon masa sesuai?

Sekiranya makin popular jenama anda, maka lebih banyak zon waktu perlu diambil kira kerana ada hantar hebahan sama pada banyak masa berbeza bagi capai ramai audiens serentak.

Secara ideal, anda mahu raih majoriti pengguna di banyak zon waktu tanpa perlu buat hantaran sama dengan tetapkan untuk pos tidak lebih daripada empat mesej sahaja dalam satu hari.

Namun kaedah ini akan tembus ramai pelanggan di pelbagai zon berbeza berdasarkan waktu puncak ramai pengguna layari media sosial yang memang tidak sama antara tempat tertentu.

Di manakah lokasi bakal pelanggan anda sasarkan?

Jika anda sasar untuk capai sebanyak mungkin audiens di Amerika Syarikat (AS) dan jirannya, Kanada, maka pilih zon East Standard Times (EST) iaitu bahagian pantai timur dua negara ini.

Inilah zon masa yang paling tinggi pengguna media sosial kerana faktor kepadatan penduduk amat ramai dan juga meliputi banyak bandar raya besar ternama seperti New York dan Toronto.

Bagaimanapun, sekiranya anda sasarkan audiens di London, Britain atau Paris, Perancis, maka buat hantaran mengikut zon standard antarabangsa yang disebut Greenwich Mean Time (GMT).

Anda juga boleh guna peralatan analisis media sosial untuk cari data mengenai di manakah pelanggan berada kerana ia panduan rancang lebih baik masa sesuai audiens di lokasi tertentu.