Cara efektif urus media sosial untuk bisnes anda

Bigger   •   Februari 5, 2020

BANYAK perniagaan kecil mengadu tiada masa atau tahu di mana urus akaun media sosial selain buat bajet kecil untuk upah pengurus tertentu yang kendalikan laman maya tersebut.

Namun, kaedah itu mungkin menjadikan pengurusan media sosial bagi bisnes anda agak kurang berkesan kerana pengguna zaman sekarang gemar perniagaan yang mudah dihubungi.

Tidak kira saluran Facebook, Instagram, Linkedln atau TikTok, tanpa kehadiran aktif di alam siber, syarikat anda boleh dilupakan, hilang pelanggan dan persaingan atau tampak diabaikan.

Lebih buruk, anda gagal dapat pelanggan baharu kerana lebih 40% pembeli digital lazimnya guna media sosial untuk cari maklumat mengenai jenama dan produk terkini di pasaran.

Bagi yang tidak ada masa, apa kata ikuti pelan 10 minit ini yang bakal bawa anda setiap minit melalui keperluan sosial di samping panduan jimat waktu bagi perkasakan capaian bisnes.

Minit 1 – 5: Dengarkan sosial

Mulakan lima minit pertama dengan mahir dengarkan sosial. Apakah itu? Dalam cakap mudah ia babitkan pemantauan perbualan masyarakat menerusi media sosial mengenai teras bisnes anda.

Ini meliputi kata kunci, tanda pagar, kenyataan unik dan mesej untuk jenama anda dan pesaing. Ada banyak perkakasan yang mampu jejak perkara ini dengan mudah antaranya Hootsuite.

Anda boleh bina jaringan yang pantau semua saluran media sosial milik anda dari satu papan kekunci. Ini jimat masa daripada perlu cari secara manual malah anda mudah buat pemantauan.

Di sini antara perkara boleh anda semak dan ambil lebih perhatian setiap hari:

  • Selalu sebut jenama anda

  • Kerap sebut produk dan perkhidmatan anda

  • Ada tanda pagar atau kata kunci khusus

  • Kenali pesaing dan rakan bisnes

  • Ikuti trend semasa dan berita industri

Jika perniagaan anda ada lokasi fizikal, gunakanlah geo-search untuk mudah pelanggan cari dan ini bantu fokus klien untuk dekati anda serta tahu topik setempat yang jadi perbualan komuniti.

Tip: Jika anda ada masa sedikit untuk labur, apa kata ikuti kursus disediakan melalui Social Listening with Hootsuite Streams yang dapat jimat lebih waktu dalam jangka panjang.

Minit 5 – 10: Analisis dan pelan

Ambil lagi lima minit untuk buat analisis penemuan anda yang akan bantu perbetulkan proses pendengaran sosial dan usaha pemasaran, Namun ada beberapa aspek perlu anda awasi:

Sentimen = Ini adalah tempat baik untuk bermula iaitu bagaimana orang bercakap mengenai jenama anda terutama mereka buat perbandingan jujur dan turut merujuk perihal pesaing.

Sekiranya sebahagian besar sentimen adalah positif, itu amat bagus tetapi jika negatif pula, sila fikir cara anda pandu percakapan bakal pelanggan dan masyarakat kepada arah lebih positif.

Maklum balas = Adakah pelanggan anda ada maklum balas khusus mengenai bisnes anda? Lihat trend dan respons mereka agar anda boleh bertindak balas. Misalnya kes restoran.

Jika ramai pelanggan mengadu bunyi muzik terlalu kuat, sila perlahankan. Begitu juga jika klien komen produk anda kurang pilihan warna, inilah cara terbaik anda tawar barang lebih warna.

Trend = Tahukah anda apakah trend semasa dalam industri bisnes yang diceburi anda selama ini? Kenal pasti perkara ini sebenarnya bantu tawar pelanggan untuk terus setia kepada anda.

Mungkin mereka tertarik dengan hebahan awal dalam kempen pemasaran anda yang berikutnya dan ini membolehkan pelanggan memaklumkan produk atau perkhidmatan terbaharu di pasaran.

Hasrat pembelian = Mendengar inti media sosial bukan sahaja jejak topik perbualan hangat kelompok pelanggan sedia ada, malah ia bantu anda dapat cari kumpulan pelanggan baharu.

Ini bongkar keperluan ramai bakal klien apabila mereka berhasrat beli produk atau perkhidmatan terkini. Contohnya bagi agensi pelancongan, topik popular awal tahun ialah musim sejuk.

Kemas kini = Adakah anda sedar kemunculan kata kunci baharu? Atau anda ‘perasan’ ada semacam trend salah eja apabila ramai orang mula memperkatakan mengenai jenama anda.

Justeru, sila pastikan anda tidak ketinggalan untuk turut serta dalam senarai jejak pendengaran media sosial kerana di sini sahaja, pelanggan beri idea untuk memajukan bisnes anda sendiri.