Lima cara maksimumkan hasil pemasaran influencer
Avada News • June 2, 2016
Di sebalik pandemik COVID-19, jumlah pengguna yang menekan butang ‘buy’ untuk membeli-belah melalui platform media sosial didapati meningkat sebanyak 13 peratus sepanjang 2020.
Jumlah pengguna yang mengklik post atau story boleh beli juga meningkat sebanyak 12 peratus, demikian menurut analisis yang dikeluarkan agensi penyelidikan pasaran GfK. Pada tahun 2021, nilai industri pemasaran influsenser dijangka mencecah AS$13.8 bilion.
Pengasas Parker Management, Lindsay Nead berkata, pandemik COVID-19 memaksa jenama dan influenser untuk beradaptasi seperti melakukan sendiri sesi merakam gambar dan menghasilkan kempen, yang kesemuanya dari rumah.
Parker Management yang merupakan agensi pengurusan infuenser turut menyenaraikan beberapa tip bagaimana pemilik perniagaan boleh meningkatkan hasil kempen pemasaran.
Berikut ialah tip yang Lindsay kongsikan:
1. Kempen harus mengikut fasa perintah berkurung
Menurut Lindsay, banyak pemilik jenama mengubah suai produk yang mereka tawarkan mengikut fasa-fasa perintah berkurung melalui media sosial. Kata Lindsay, jenama ‘paling pintar’ ialah jenama yang melakukan pemasaran terhadap pekerja dari rumah bermula sebaik perintah berkurung dikuatkuasakan.
Pun begitu, sebaik sekolah mula dibuka, masih ramai mengekalkan servis atau produk sama ketika perintah berkurung diumumkan kerajaan. Kata Lindsay, mana-mana jenama seharusnya mencari jalan untuk menyesuaikan produk masing-masing terhadap ibu bapa dan carilah infuenser bertemakan keibubapaan. Sebolehnya, cari influenser yang melakukan review (ulasan) produk atau peralatan persekolahan.
Lindsay berkongsi kajian kes syarikat KiwiCo yang merekodkan 150% jualan alat permainan berasaskan sains. Tambahnya, perkongsian di media sosial itu akan membantu ibu bapa membuat keputusan terutama untuk memastikan anak-anak masing-masing dapat dikawal di rumah tetapi dalam masa sama mereka belajar sesuatu.
2. Pilih influencer yang mampu menjiwai produk anda
Berbeza dengan teknik pemasaran lain, influencer perlu menjiwai (atau sekurang-kurangnya berlakon kononnya mereka sangat-sangat menyukai) produk yang mereka promosikan.
“Masyarakat mahukan kebenaran daripada apa yang mereka lihat. Jangan harap jika influenser pegang gel mandian yang dia gunakan dan selepas itu anda memperoleh jualan pecah kilang… jangan berangan, masa itu sudah lama berlalu,” kata Lindsay.
Satu kajian yang dilakukan platform kandungan pemasaran sosial Stackla, sebanyak 90 peratus daripada 1,500 pengguna berkata, kejujuran sangat penting tatkala mereka membuat keputusan jenama apa yang akan dibeli. Lindsay berkata, pilihlah infuenser yang terserlah kejujuran dan produk yang mereka promosikan.
3. Guna pelbagai platform
Platform media sosial hanyalah tempat berteduh dan mana-mana infuenser perlu mengelak daripada menggunakan satu platform sahaja. Kata Linday, persembahan kandungan berbeza dalam platform media sosial berbeza itu merupakan satu perkara lazim walaupun ia dimiliki oleh individu sama.
4. Teliti angka
Jangan terpesona dengan jumlah follower bila anda memilih influenser sebaliknya beri keutamaan terhadap angka engagement.
“Sekiranya influsener dan audiens sangat rapat, anda boleh jual apa sahaja, pasti laku. Anda boleh jual apa sahaja jika kena pada orangnya dan hubungan influenser-pengikut sangat akrab,” kata Lindsay.
Menurut angesi pemasaran influenser FYI, engagement influnser di laman Instagram adalah sekitar 1 peratus hingga 3.5 peratus.
5. Rakam gambar di rumah
Sejak pandemik bermula, merakam gambar di lokasi mewah dan cantik secara automtik berakhir. Sudah tentu jenama pakaian dan produk kecantikan tidak boleh mengatur sesi bergambar namun ramai influenser menjadi kreatif.
Linday berkata, ada jenama di Amerika Syarikat menggunakan influenser di New Zealand yang merakam gambar berlatarbelakangkan suasana indah di negara kiwi itu.
“Bayar lebih sedikit, tapi ada pasti akan berpuas hati,” kata Lindsay