Kenali Jenis-Jenis Influencer Untuk Pemasaran Media Sosial?
Bigger.my • Januari 29, 2021
Perkembangan dunia digital hari ini telah mewujudkan satu suasana perniagaan yang sangat sihat untuk usahawan-usahawan tempatan. Semakin hari semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan digital ditambah pula dengan senario dunia hari ini yang dilanda pandemik Covid-19. Hari ini dengan pelbagai strategi pemasaran digital yang dipraktikkan, pastinya istilah influencer tidak asing lagi. Tetapi anda tahukah apa itu influencer dan apa manfaatnya untuk perniagaan anda?
Apa Itu Influencer?
Influencer merupakan individu yang berpengaruh di dalam masyarakat. Influencer biasanya terdiri daripada artis, selebriti, blogger, youtuber, atau pun mereka yang terkenal dalam komuniti tertentu. Lazimnya mereka ini akan mempunyai pengikut (follower) mereka sendiri di media sosial tidak kira sama ada di Facebook, Instagram, Twitter, dan juga Blog. Disebabkan pengikut serta pengaruh besar di media sosial masing-masing inilah menjadikan mereka pilihan usahawan-usahawan untuk mempromosikan produk jualan mereka. Secara tidak langsung situasi ini dikenali sebagai pemasaran influencer.
Pemasaran influencer merupakan salah satu strategi pemasaran di mana usahawan akan bekerjasama dengan influencer untuk memperkenalkan jenama dan penjualan sesuai dengan sasaran pemasaran.
Jenis-Jenis Influencer
Lazimnya influencer dikategorikan mengikut jumlah pengikut masing-masing di media sosial.
1. Mikro
Di dalam kategori ini influencer memiliki jumlah pengikut 10 ribu dan ke bawah.
2. Makro
Makro I: Kurang dari 99 ribu pengikut.
Makro II: Di bawah kategori ini selalunya influencer memiliki lebih daripada 100 ribu pengikut.
3. Premium
Kategori ini menyenaraikan influencer yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial masing-masing.
Begitupun, sebelum anda bekerjasama dengan influencer-influencer ini, anda perlu memikirkan bajet dan juga melakukan sedikit kajian sama ada produk anda sesuai atau tidak untuk influencer tersebut.