Bagaimana berniaga di media sosial dan menggunakannya?
Bigger News • December 23, 2020
Tidak ambil peduli mengenai media sosial ibaratkan peniaga yang sombong dengan cara pemasaran percuma yang sedia ada. Pengurusan dan posting di media sosial tidak pernah dikenakan sebarang kos keatasnya tetapi apa yang anda perlukan adalah MASA untuk mencari konten (kandungan) yang boleh diposting secara konsisten dan Ini merupakan satu potensi marketing percuma untuk menigkatkan jualan perniagaan anda. Sayangnya jika tidak menmanfaatkan strategi marketing ini bagi tujuan perniagaan anda pada zaman digital ini.
Pastikan kandungan sentiasa ada.
Kandungan merupakan hal yang terpenting dan utama untuk media sosial anda. Dan pastikan anda konsisten dalam menaikan kandungan perniagaan anda didalam media sosial. Apakah kandungan yang nak disediakan? Seperti sosial media persendirian anda sentiasa memuat naikan apakah yang anda sedang lakukan dan begitu juga pada sosial media perniagaan anda ceritakan mengenai aktiviti perniagaan yang anda lakukan. Kadang kala tidak perlulah kita memikirkan kandungan apa yang harus kita cipta pada setiap akaun social media yang ada. Contoh media sosial facebook dan twitter tak perlulah memikirkan idea yang berbeza bagi setiap kandungannya. Cukuplah sekadar satu idea untuk semua platform media sosial.
Atau cara lebih mudah gunakanlah kandungan blog yang ada pada web anda untuk membuat posting pada media sosial anda. Berkongsi web blog ini, kelebihannya memberi impak. Memaparkan website blog anda sebenarnya mendorong khalayak ramai melawat website serta dapat memaparkan apakah jualan yang anda buat ketika khalayak melawati laman website perniagaan anda.
Pastikan Khalayak sasaran anda!
Meningkatkan kandungan di media sosial anda mampu memberi kesan positif kepada jualan perniagaan anda dan ini sering dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kecil dalam membuat jualan. Mudah bukan? Cipta kandungan yang konsisten dan lihat pada pesaing anda apakah kekurangan yang ada dan ubahkannya menjadi kekuatan perniagaan anda. Ini bermakna anda perlu faham, kenal dan cintai individu yang berminat dengan produk dan perniagaan anda seiring itu kajian perlu dititik beratkan selalu untuk memastikan bagaimanakah khlayak sasaran yang berminat dengan produk dan perniagaan anda.
Apa yang boleh saya lakuan untuk media sosial saya?
Perkara pertama adalah pikirkan media sosial mana yang bersesuaian dengan produk dan perniagaan anda dan buatkan akaun untuk perniagaan anda. Walaubagaimanapun jika anda tidak pasti sosial media yang mana bersesuaian tetapi tidak salah untuk anda mencuba, kemungkinan ada khalayak yang berminat mengenai perniagaan anda. Perkara kedua; Aktif dalam media sosial sentiasa berhubung dengan pelanggan berbalas komen, update gambar, post artikle, video, tips dan sebagainya. Jadikannya salah satu aktiviti yang aktif dan berinteraksi bersama pelanggan menggenai jenama perniagaan anda sahaja. Apabila anda telah mempunyai asas jangan takut untuk mengkaji apa yang sesuai dengan kandungan dan dengan kandungan itu dapat menjual produk atau perniagaan anda.