Facebook masih menjadi pilihan terbaik untuk memasarkan perniagaan?

Bigger   •   November 15, 2021

A Adakah media sosial Facebook menjadi platform terbaik untuk mempromosi atau menjual pelbagai jenis barangan kepada para pengguna?

Facebook yang ditubuhkan pada tahun 2004 di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) sebenarnya masih menjadi pilihan utama untuk golongan usahawan yang mahu memasarkan barangan mereka.

Platform media sosial itu juga setakat ini menjadi pilihan utama golongan perniagaan untuk memasarkan produk mereka kerana ia tidak mempunyai pencabar atau saingan yang terdekat.

Kenapakah keadaan itu berlaku?

Situasi itu berlaku kerana ahli-ahli perniagaan memilih Facebook sebagai platform mereka untuk memasarkan produk atau barangan mereka dengan meninggalkan jauh pesaing-pesaing media sosial lain. Kesimpulan itu dibuat berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh daripada Laporan Industri Pemasaran Media Sosial 2021 baru-baru ini.

Dalam laporan tentang pilihan utama media sosial para usahawan setelah diminta berbuat demikian oleh pihak yang menyediakan laporan tersebut.

Laporan itu menunjukkan Facebook masih menjadi platform No.1 untuk mereka memasarkan barangan.

Laporan itu juga menunjukkan Facebook itu berada di tempat pertama yang menjadi pilihanahli-ahli perniagaan untuk memasarkan barangan dari tahun 2016 hingga 2021.