Bagaimana mendapatkan perhatian media masa dan mengekalkan hubungan media

Bigger.my   •   Mac 17, 2021

hubungan media

Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi dan amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam (PPA) untuk membina hubungan yang berkesan dengan editor sesebuah pertubuhan media. Media merupakan satu kaedah untuk PPA berkomunikasi dengan khalayak yang besar di serata dunia.

Tugas penting seseorang PPA adalah mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak petugas pertubuhan media dengan membantu mereka ketika menjalankan tugas, menyediakan bahan-bahan maklumat yang diperlukan serta memudahkan mereka mendapatkan berita yang sebenar. Ini bagi memastikan bahan publisiti atau aktiviti organisasi yang dihadiri mereka dapat disiarkan, Selain itu, PPA perlu menjaga sensitiviti petugas pertubuhan media agar tidak timbul masalah ketika berurusan dengan mereka. Adalah perlu bagi PPA mengelakkan diri daripada terlibat dalam konflik dengan petugas media.

Ini kerana pihak pertubuhan media sendiri akan menentukan bahan yang diterima daripada organisasi untuk disiarkan sebagai berita dalam media. Oleh itu, organisasi memerlukan seorang PPA yang profesional dalam urusan perhubungan media bagi mengekalkan perhubungan yang baik dengan petugas media, memahami ‘deadline’ dan sekatan, serta mendapat kepercayaan mereka. Dengan mewujudkan perhubungan media yang baik, yang berasaskan perasaan saling menghormati dan komunikasi dua hala, PPA dapat meminimumkan masalah dengan pihak media masa, dan sebaliknya mendapatkan sokongan mereka. Kesimpulannya, perhubungan media bukan semata-mata untuk mengeluarkan kenyataan media, atau mengendalikan pertanyaan-pertanyaan wartawan atau menghasilkan timbunan keratan akhbar. Jom lihat garis panduan PPA bekerja dengan media.

influence, media sosial, pemasaran digital,

  • PPA harus memperkatakan sesuatu isu dari sudut pandangan awam dan bukannya melalui pandangan organisasi.

  • Bahan yang disediakan haruslah mudah dibaca dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami.

  • Setiap siaran media yang dikeluarkan perlu mempunyai nama, nombor telefon, dan alamat organisasi.

  • Jangan keluarkan kenyataan yang tidak mahu disiarkan di dada akhbar pada wartawan semasa sidang media berlangsung.

  • Elakkan penggunaan ‘off the record’.

  • Letakkan fakta atau kenyataan yang penting di bahagian permulaan siaran media atau asingkan sebagai lampiran.

  • Jangan berbalah dengan wartawan.

  • Cuba fahami bagaimana wartawan mencari maklumat dan berita.

  • Elakkan penggunaan kata-kata kesat yang akan menyinggung perasaan wartawan.

  • Berikan jawapan yang sebenar, katakan ‘ya’ atau ‘tidak’ pada soalan yang sensitif dan tidak pasti.

  • Menasihati jurucakap yang dilantik oleh organisasi tentang sesuatu perkara demi kepastian.

  • Berterus terang jika tidak tahu tentang sesuatu dan berikan jaminan kepada wartawan untuk mendapatkan jawapan.

  • Beri jawapan yang sebenar walaupun ia akan menjejaskan imej dan reputasi organisasi.

  • Adakan sidang media sekiranya organisasi mempunyai maklumat yang bernilai.

  • Semasa berlangsungnnya sidang media, pihak media dibenarkan bertanya tentang beberapa isu