Tidak tahu bagaimana nak mulakan penulisan travelog? Biar kami bantu memecahkan kebuntuan anda dengan artikle ini

Bigger.my   •   Mac 4, 2021

cara menulis travelog

Hari ini trend merakam setiap pergerakkan ke dalam media sosial masing-masing bukanlah satu perkara pelik malah ia menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi Z. Sama ada untuk dijadikan kenangan atau imbas kembali detik-detik indah ketika itu, ia pastinya mampu membuatkan anda tersenyum. Antara pergerakan yang sering diabadikan di dalam media sosial ialah pelancongan atau pun travelog. Travelog boleh diibaratkan sebagai buku pengembaraan atau percutian seseorang ke satu tempat. Pastinya penulisan ini bertujuan berkongsi pengalaman sama ada menarik atau sebaliknya, tip, bajet, penginapan, pengangkutan, komuniti setempat, dan sebagainya. Bagaimanapun, travelog yang bagus ialah travelog yang boleh menjawab segala persoalan setiap pembaca. Jom lihat cara atau langkah untuk menulis travelog yang berkesan.

  1. Kenal pasti tujuan utama
  2. Pastikan anda menulis perkara-perkara penting yang dilihat sepanjang perjalanan
  3. Banyakkan mengambil gambar
  4. Lihat semula apa yang telah dicatat sepanjang perjalanan
  5. Kenal pasti turutan penceritaan
  6. Tulis dengan kreativiti masing-masing dengan mood yang enjoy
  7. Tiada had dalam penulisan
  8. Pengalaman yang dilalui sendiri
  9. Penggunaan ayat yang tidak terlalu bombastik atau pun berbunga-bunga
  10. Boleh menulis mengikut hari atau pun mulakan dengan perkara yang menarik

* Untuk penulisan travelog tiada istilah betul atau salah

Dikongsikan juga tip untuk elemen isi

  1. Kurangkan mengambil gambar selfie berlatar belakangkan bangunan bersejarah (untuk koleksi peribadi boleh tetapi tidak untuk travelog)
  2. Elakkan diri daripada menulis maklumat secara berulang kerana ini akan membuatkan pembaca anda bosan
  3. Elakkan menggunakan gambar-gambar  daripada internet kecuali terpaksa tetapi jangan lupa untuk kreditkan pemilik gambar tersebut
  4. Jangan sesekali menulis isu yang sensitif mengenai sesuatu tempat tersebut kerana kita perlu menghormati budaya mereka
  5. Jangan tangguh untuk menulis setiap kenangan atau pengalaman perjalanan anda kerana sekiranya diperam ia akan membuatkan anda terlupa akan perkara-perkara penting
  6. Catat atau tulis segera segala pengalaman anda ketika memori masih segar