3 perkara yang membantu dalam menyiapkan setiap copy writing

Make It Bigger   •   Februarui 22, 2021

buat copywriting

Dulu masa kerja angkat telefon pejabat…..”Hallo Foto..” (photo department)

Sekarang jawab telefon

“Hallooooo Burger Abah Mook Seri Kembangan”

“Hallooooo Bliese KL at Balakong” – Gedung MiaZara Wangiiiiii”

“Hallooooo Miazara Food Delight” – telur sotong laris”

Semua dijawab dengan rasa bangga membawa nama jenama yang ditatang

Ini antara contoh copy writing yang baik di  mana ayat yang digunakan pendek, mudah difahami, dan cara penulisannya juga santai. Apabila kita bercakap mengenai copy writing, apa sebenarnya yang terfikir di fikiran anda?

Pastinya beberapa soalan bermain di minda anda seperti berapa panjang ayat yang perlu ditulis serta bagaimanakah penggunaan ayatnya adakah formal atau tidak. Dalam erti kata lain, copy writing merupakan salah satu teknik penulisan yang bertujuan mendapatkan respon daripada pembaca malah copy writing tidak terhad hanya dalam bentuk tulisan ia juga boleh dalam bentuk gambar atau video.

Jom tengok mana tau tip-tip yang dikongsikan ini mampu membantu anda menaikkan jualan harian anda mahupun pengikut di media sosial masing-masing.

Sebenarnya copy writing yang berkesan adalah dengan menggunakan

1. Bahasa percakapan, bahasa seharian.

Ini kerana bahasa percakapan merupakan bahasa harian yang mudah difahami dan lebih direct. Cara penulisan ini sama seperti kita bercakap dengan orang lain.

2. Ayat yang mudah dan pendek

Copy writing yang berkesan merupakan ayat yang mudah dan pendek. Penggunaan ayat yang panjang akan membuatkan pembaca keliru dan adakala mesej tidak sampai kepada pembaca.

3. Tampilkan kehebatan produk

Setiap copy writing yang memasarkan produk jualan seharusnya menampilkan kehebatan           produk yang dijual. Ini bukan sahaja untuk meyakinkan pembaca atau pembeli malah ia         juga bertujuan membuktikan produk yang dijual mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.

Selamat mempraktikkan tip yang dikongsi!

influence, media sosial, pemasaran digital,