Pemasaran Influencer Trend Terkini Perniagaan Dalam Talian

Bigger.my  •   Februari 1, 2021

Tidak dinafikan, hari ini terdapat pelbagai cara pemasaran untuk mereka yang berniaga secara dalam talian. Ini kerana hari ini dengan senario semasa yang memaksa semua rakyat menghadkan pergerakan, kebanyakkan mereka lebih gemar membeli barangan secara dalam talian. Ini juga secara tidak langsung menyebabkan ramai usahawan segera muncul dalam usaha mencari rezeki menyebabkan usahawan-usahawan dalam talian ini akan bersaing sesama sendiri. Ini menjadikan mereka akan tampil dengan pelbagai cara pemasaran untuk melariskan produk masing-masing. Antara pemasaran yang dilihat menjadi trend hari ini ialah penggunaan influencer. Apakah dia influencer? Influencer ialah mereka yang berpengaruh di media sosial sambil mempromosikan produk atau apa juga jualan. Lazimnya influencer ini akan di bayar (paid review atau gift review) untuk mempromosikan produk dan juga jualan sesebuah syarikat atau individu.

Apabila bercakap mengenai influencer, ramai yang akan melihat kepada jumlah pengikut influencer tersebut di media sosial. Hakikatnya jumlah pengikut bukanlah penentu kepada peningkatan jualan yang dipromosikan. Yang penting, sebelum anda mengupah influencer untuk tujuan mempromosikan produk ataupun jualan anda, ada beberapa kriteria yang perlu anda ketahui seperti

1.Kenal pasti jenis produk jualan dan juga sasaran pengguna

Pentingnya rate engagement influencer ini kerana anda perlu mengetahui berapa peratus posting yang dilakukan berjaya menarik minat pengikut masing-masing agar ia berbaloi dengan 'pelaburan' yang kita lakukan. Anda jangan tertipu dengan jumlah pengikut yang  banyak kerana tidak semestinya pengikut banyak, rate engagement juga tinggi. Ada kala pengikut yang sedikit mampu membuatkan rate engagement menjadi tinggi.

2.Tahu rate engagement influencer

Ini untuk memudahkan anda mencari influencer yang bersesuaian untuk tujuan mempromosikan produk dan juga jualan anda. Sekiranya anda salah membuat pemilihan influencer, secara tidak langsung strategi pemasaran anda juga gagal.

3.Copy writing yang menarik dan kreatif

Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting kerana walaupun dengan penyampaian yang ringkas tetapi kreatif dan menarik ia boleh menarik minat audien dan apa yang  hendak disampaikan berjaya. Pada masa yang sama ia juga boleh menjadikan produk tersebut viral.

influence, media sosial, pemasaran digital,