Antara maksud pemasaran dan jualan adakah berbeza?

Bigger.my   •   November 17, 2020

Dunia perniagaan kini telah banyak berubah dari cara tradisional kini bergerak maju ke arah dunia digital namun masih adakah yang masih keliru mengenai eleman perniagaan ini pemasaran dan jualan? Pemasaran dan jualan adalah sesuatu elemen yang berbeza tetapi masih berhubung kait antara satu sama lain. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan tugas masing-masing.

Jadi apakah maksud pemasaran dan jualan?

Pemasaran

Pemasaran adalah untuk menyampaikan nilai produk servis atau jenama kepada pelanggan bagi tujuan promosi atau jualan. Mesej yang tepat kepada orang yang betul, masa yang sesuai dan tempat yang betul.

Jualan

Jualan ialah mengambil tugasan dari pemasaran yang dibuat dan pembeli telah pun berkunjung ke premis perniagaan anda. Setelah pembeli mendapat mesej serta informasi daripada aktiviti pemasaran seperti iklan, website dan sebagainya.

Penjual akan terus menjual barang atau perkhidmatan kepada pembeli aktiviti menjual ini bagi mendapatkan imbuhan dari nilai matawang yang ditukarkan dengan produk atau servis. Mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kreadit gambar: https://www.digitalmarketing.org

Apakah perbezaan antara pemasaran dan jualan?

Pemasaran

Adalah bagaimana anda mencapai mesej kepada pembeli dengan tujuan memberi informasi dan konten mengenai nilai produk serta perniagaan anda. Pemasaran mempunyai strategi yang memujuk prospek untuk mendorong mereka membeli. Aktiviti ini boleh dilakuan melalui inbound dan outbound marketing.

Inbound adalah aktiviti-aktiviti pemasaran dalaman yang berkait rapat dengan penyediaan konten mengenai nilai produk dan perkhidmatan perniagaan anda. Inbound ini boleh dibuat melalui Website dan media social syarikat.

Manakala outbound melibatkan aktiviti luaran dari syarikat yang membuat iklan, ruang media, billboard, brouchere dan sebagainya.

Jualan

Jualan adalah aktiviti membuat persetujuan pembelian dengan penjual mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dan seterusnya pembeli akan mendapatkan produk dan perkhidmatan manakala penjual akan mendapat nilai mata wang itu.

Kesimpulannya kedua-duanya adalah penting dalam sesuatu urus Niaga itu. Keduanya memerlukan diantara satu sama lain bagi menentukan sesebuah jualan dan perkhidmatan itu. Boleh dikatakan jika kedua-dua ini tidak berkerjasama akhirnya proses urus Niaga itu akan menemukan kegagalan.