Apakah Google Ads serta faedah penggunaan Google Ads

Bigger.my   •  July 13, 2020

Bukan mudah untuk anda mencapai sasaran perniagaan atau perkhidmatan yang betul. Ada segelintir peniaga masih tercari-cari sasaran yang betul walaupun sudah bertahun berkecimpung dalam bisnes. Bagi Peniaga atau perkhidmatan, anda biasanya mempunyai cara tersendiri dalam memperkenalkan dan memasarkan perniagaan.

Ada yang masih menggunakan cara tradisional seperti pengiklanan di surat khabar, mengedar brosur, beriklan di TV dan sebagainya. Secara keseluruhan pemasaran ini dikatakan agak mahal untuk diguna pakai kerana penerbitannya memerlukan kos-kos perbelanjaan tinggi. Pengedaran brosur misalnya, ia membabitkan kos cetakan, pengangkutan, tenaga dan pekerja-pekerja diperlukan dalam pengedaran risalah ini.

Berbanding penggunaan Google Ads,  kosnya mungkin murah sedikit atau hampir sama tetapi ia memberikan ada kawalan sepenuhnya terhadap data berbanding pemasaran tradisional. Google Ads merupakan program pengiklanan digital atau online yang dibangunkan oleh Google    dan berfungsi menjadikan perantaraan antara peniaga dan perkhidmatan kepada golongan sasaran.

Orang Malaysia kebiasaannya mencari sesuatu perkara selalunya menggunakan perkhidmatan Google   , ini diperkuatkan dan dibuktikan lagi menerusi statistik yang boleh diperolehi di sini. Pada peranti telefon pula terutama Android akan menetapkan browser Google dalam setiap telefon.

Antara fakta menarik apabila menggunakan tool pemasaran Google Ads:

Mempamerkan perniagaan anda melalui enjin pencarian Google  

Setiap hari berjuta pengguna akan melakukan pencarian, selalunya menggunakan Google. Jadi melalui Google Ads, maklumat mengenai bisnes anda boleh diletakkan sebagai hasil carian teratas.  Iklan yang telah dimasukkan pada akaun Google Ads, akan muncul pada paparan search engine halaman satu Google. Contohnya jika seseorang sedang mencari ‘kedai mencuci karpet’ iklan yang di daftar mengikut niche dan sasaran yang betul secara automatik iklan itu akan dipamerkan terus pada halaman 1 dan berada di atas.

Mendorong khalayak mengunjungi laman web perniagaan dan servis yang anda tawarkan

Melalui iklan dan tawaran yang tepat memungkinkan sesebuah perniagaan menukarkan pengguna menjadi pelanggan yang berharga. Ketika iklan anda dipaparkan pada halaman pertama Google, perkara yang dilakukan pengguna adalah bertindak menekan laman yang terpapar pada lima baris yang teratas. Jadi ini memberikan perniagaan/perkhidmatan peluang untuk mendorong pengguna bergerak terus ke laman perniagaan/perkhidmatan anda.

Capai pengguna anda melalui emel

Selain dari enjin pencarian Google, iklan anda juga berpeluang dipamerkan pada email sasaran yang telah ditetapkan. Pada Gmail pengguna biasanya email iklan yang dipamerkan adalah berbeza dari email yang lain biasanya iklan ini diletak pada email yang teratas sekali. Pada pengguna pula jika ia merasakan iklan itu berguna mereka akan menyimpan sebagai email peribadi atau mereka boleh forwadkan untuk dihantar terus kepada kawan yang memerlukan perkhidmatan ini.

Berpeluang berada di laman web atau bloger yang terkenal

Kebanyakan portal berita atau penulis-penulis blog yang hebat akan melanggan Google Ads sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.  Selalunya iklan-iklan ini diletakan pada halaman hadapan untuk website atau bloger hebat. Peluang pengiklanan anda akan muncul adalah berpandu juga pada tetapan yang dibuat oleh bloger-bloger tersebut. Contoh anda telah mengiklan Kedai makan anda jadi bloger yang bercerita mengenai hal makanan akan menetapkan hanya iklan makanan dan berkaitan makanan sahaja yang layak di imbas pada laman web mereka. Para pembaca yang mengunjungi laman web atau blog tersebut melihat iklan tersebut dan berminat untuk mengetahuinya akan klik iklan tersebut dan mereka akan terus dibawa ke halaman web pengiklan.

Tetapkan iklan mengikut budget yang diperlukan

Dengan beriklan di Google, bajet perbelanjaan iklan bagi sesebuah perniagaan boleh ditetapkan mengikut kemahuan serta perbelanjaan yang diperuntukkan. Tidak terikat dengan bajet yang khusus segala perbelanjaan pengiklanan boleh dimulai dari kecil hingga terbesar.

Pemantauan iklan yang sedang berjalan

Apabila sesebuah kempen iklan yang sedang dijalankan para pengiklan dibenarkan memantau atau melihat mana satu iklan-iklan yang telah diiklankan mendapat rating dan sambutan baik dan mampu membawa pengunjung datang melawat ke laman web  anda. Oleh yang demikian,  mana-mana iklan yang tidak mampu membawa pengunjung ke laman web akan dihentikan terus atau ditarik keluar.

Banyak lagi kelebihan yang boleh dilakukan dengan Google Ads ini. Teknologi digital ini sebenarnya banyak membantu dalam memesatkan perkembangan perniagaan bukan sahaja di dalam negeri malahan ia juga mampu meluaskan dan menyebarkan perniagaan ke luar negara. Hanya dengan memahami teknik dan kaedahnya anda mampu menjana pendapat perniagaan tertinggi.  Mahukan pemahaman atau mendapatkan khidmat bantuan servis perniagaan di Google Ads kami sedia membantu hubungi kami melalui telefon atau email yang berada pada panel Contac Us atau terus klik di link ini.