Cara tidak rugi jual secara online

Bigger.my   •   Mac 16, 2020

Bisnes online yang menguntungkan

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk kita menjual barang atau perkhidmatan iaitu sama ada membuka sebuah kedai, jual secara langsung di jalanan atau pasarkan melalui kaedah online atau atas talian.

Jom kita tinjau tips atau petua jual secara online yang tidak merugikan anda kerana ada banyak cara untuk jual melalui alam maya malah sangat effektif bagi menjana pendapatan lumayan:

Hebah kehadiran anda

Maklumkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan anda melalui platform media sosial terutama Facebook, Instagram atau laman sembang whatsapp agar kenalan atau pengikut tahu bahawa anda ada menjual sesuatu.

Cara ini sangat penting agar semua netizen tahu anda memasarkan sesuatu secara online dan dengan kaedah ini barang atau perkhidmatan yang hendak dijual mudah tersebar selain berpotensi untuk jana pendapatan lumayan.

Letak bukti gambar

Buat senarai produk atau perkhidmatan berserta dengan gambarnya sekali, sebagai contoh jual tudung maka ada gambar tudung tersebut dan edit sebelum letakkan tag seperti nombor siri berserta dengan harganya sekali.

Nombor siri ini untuk memudahkan anda dapat mengenal pasti mana satu barang ditempah oleh pelanggan dan ingat, bakal klien tiada masa atau malas baca keterangan berjela-jela tetapi cukup dengan lihat gambar dipamer.

Jual trend laris

Tentukan barang atau perkhidmatan yang hendak dijual dengan lihat trend semasa di pasaran dan carilah yang laris atau dapat permintaan tinggi serta kerap orang gunakan berulang kali selain produk kegunaan seharian.

Ini seperti barang kesihatan, kecantikan, pakaian, tudung dan sebagainya. Jangan jual produk atau perkhidmatan yang jarang digunakan atau tidak dapat permintaan tinggi kerana ini buang masa malah merugikan anda sendiri.

Ada stok barang

Jika anda jual barang, jangan sesekali beli stok terlalu banyak kerana ditakuti boleh mengalami kerugian kelak tetapi caranya hanya beli sedikit dahulu dan kemudian agresif buat pengiklanan melalui media sosial.

Apabila permintaan terlalu tinggi barulah boleh ambil lebih stk namun kena berhati-hati  dan biar kita berkali-kali beli stok dengan kuantiti sedikit daripada kerugian kerana beli barang banyak tetapi tidak habis.

Buka kedai online

Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dalam pembuatan blog atau website, ini peluang keemasan anda kerana lebih mudah untuk jual produk atau perkhidmatan sekiranya sudah memiliki laman online sendiri.

Promosi laman anda itu di media sosial dan juga secara offline agar orang tahu anda ada kedai online dan tak perlu seperti Shopee atau Lazada, cukup blog biasa namun kualiti tersusun dan cantik bagi menarik pengunjung.

 Kesimpulan

Paling utama adalah usaha berterusan dan kesabaran tinggi kerana ramai peniaga online yang berjaya pernah hadapi situasi naik turun perniagaan mereka tetapi mereka tidak mudah putus asa waima gagal banyak kali.

Gunakan juga platform e-dagang yang sudah sedia ada seperti Facebook Ad, laman mudah.com, atau blog tertentu selain banyak lagi wadah penjualan online antarabangsa bagi capaian pasaran lebih luas.