Kesilapan perlu dielak dalam pengiklanan Facebook

Bigger.my   •   Mac 12, 2020

Iklan facebook ditolak

Semua kandungan yang dipromosikan menerusi Facebook dan Instagram perlu jalani semakan sebelum pergi secara langsung untuk memastikan ia patuhi dasar pengiklanan ditetapkan pentadbir laman sosial tersebut.

Proses semakan kebiasaannya hanya ambil masa dua hingga 10 minit secara purata tetapi masa itu boleh bertambah kepada 48 jam dalam tempoh yang amat sibuk atau untuk iklan dalam kategori tertentu.

Lazimnya kandungan publisiti yang sentiasa menerima pengawasan lebih tinggi atau ketat seperti kempen politik, iklan kewangan dan promosi perumahan kerana terdedah banyak unsur penipuan komersial.

Justeru iklan yang kali pertama dimohon untuk siaran apabila melalui alat tapisan kecerdasan buatan (AI) Facebook untuk pemeriksaan; tidak ditayangkan oleh moderator sebenar pada peringkat permulaan.

AI Facebook sangat canggih dalam memahami kandungan dan konteks iklan serta akan bertindak memaparkan elemen setiap iklan manakala salinan anda disaring untuk kesan sebarang perkataan yang ditandai negatif.

Ini seperti elemen kutukan, kandungan berbaur dewasa dan istilah yang langgar dasar iklan Facebook bahkan AI juga boleh memahami kandungan imej atau gambar termasuk jumlah berapa banyak orang dipaparkan.

Juga bilangan imej menunjukkan kelibat seseorang dan sifat imej yang ada selain boleh tahu sama ada ia agak terlalu banyak kulit, tonjol adegan kacau ganggu, atau termasuk apa-apa yang cabuli garis panduan komuniti.

Apabila anda buat iklan untuk siaran Facebook dan Instagram milik anda, mudah untuk difikirkan anda telah melakukan semuanya dengan betul tetapi kemudian berasa pelik ia tidak pula diluluskan selepas semakan.

Maka, jika iklan anda tidak diluluskan, pihak pentadbir Facebook akan segera memaklumkan anda melalui e-mel atau anda akan melihat perkataan “Ditolak” dipaparkan pada sebelah iklan dalam akaun iklan anda itu.

Anda sebenarnya masih lagi boleh merayu keputusan dan minta agar ia disemak oleh seseorang, bukan hanya dinilai oleh AI Facebook kerana mungkin polisi yang anda langgar dan disemak manual boleh dipertimbangkan.

Ini termasuk butir-butir alasan tentang mengapa anda menganggap iklan itu telah mematuhi dasar tersebut malah ada cara tertentu untuk mengelakkan iklan tidak disetujui itu dapat disiarkan pada masa hadapan.

Berikut adalah antara kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh pengiklan apabila menyusun iklan menerusi Facebook dan bagaimana untuk memperbaikinya:

Rujukan kepada sifat peribadi

Facebook mahu semua orang untuk berasa gembira ketika guna platform sosial itu dengan cara melindungi pengalaman pengguna melalui kod peraturan sukar mengenai apa boleh dan tidak boleh dikatakan pengiklan.

Peraturan sifat peribadi adalah antara contoh paling umum daripada ciri-ciri perlindungan ini yang dapat jadi susah bagi pengiklan baharu untuk memahami kerana mungkin ada perbezaan nilai atau tanggapan persepsi.

Biasanya pihak Facebook tidak membenarkan pengiklan merujuk kepada sesiapa dalam iklan dengan ciri peribadi mereka sehingga ia tidak izin penggunaan frasa seperti “Adakah anda …” atau “Adakah anda …”.

Ayat sebegini diikuti oleh ciri peribadi dianggap salah walaupun iklan anda positif, namun Facebook masih tidak membenarkan anda mengenal pasti seseorang dengan ciri mereka waima dasar Facebook menyatakan:

“Iklan tidak boleh mengandungi kandungan yang menegaskan atau menyiarkan sifat peribadi termasuk pernyataan atau implikasi langsung atau tidak langsung mengenai bangsa, etnik, agama, kepercayaan, umur.

Juga orientasi seksual atau amalan, identiti jantina, ketidakupayaan, keadaan perubatan (termasuk kesihatan fizikal atau mental), status kewangan, keahlian dalam kesatuan sekerja, rekod jenayah atau nama. ”

Lebih bijak dengan penulisan iklan anda adalah satu-satunya cara untuk patuhi peraturan ini dan mungkin berguna jika rujuk Perpustakaan Iklan Facebook bagi lihat contoh iklan pesaing atau industri yang sama. 

Kata kunci dan kandungan terhad

Dasar iklan Facebook adalah luas dan semua iklan ditapis untuk memastikan pengiklan tidak langgar peraturan misalnya iklan vape tidak dibenarkan kerana pentadbir sosial ini tidak sokong penjualan produk tembakau.

Facebook turut saring iklan yang memaparkan kata-kata dan frasa tertentu agar tidak cabuli dasar selain selalunya tidak akan diluluskan meskipun iklan itu sebenarnya tidak melanggar sebarang garis panduan.

Contohnya terma “kehilangan lemak,” “turun berat badan,” “gadai janji hebat,” “pinjaman langsai” atau “pendapatan” sering ditandakan dan menyebabkan iklan tidak diluluskan walaupun asasnya boleh diterima.

Justeru untuk mengelakkan iklan anda ditandai ditolak, periksa salinan iklan anda untuk memastikan ia tidak melanggar dasar yang ditetapkan pihak Facebook kemudian minta ulasan secara manual dan terperinci.

Anda boleh buat alasan mengapa percaya iklan tersebut sebagai patuh polisi tetapi iklan anda kemudian akan tetap disemak oleh panel moderator Facebook sebelum ia boleh diluluskan dan akan mula segera disiarkan.

Jika tidak, anda akan menerima maklum balas mengenai dasar iklan yang dilanggar dan sekiranya berlaku, sila segera buat pembetulan serta belajarlah daripada iklan pesaing atau syarikat dalam bidang yang serupa.

Imej sebelum dan selepas

Anda sebenarnya boleh menyiarkan iklan yang memaparkan imej “sebelum dan selepas” secara bersebelahan atau dalam bentuk kolaj pada halaman Facebook atau menerusi profil Instagram tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, apabila anda pergi untuk mempromosikan atau menaja kandungan iklan tersebut, anda akan berdepan masalah kerana lawan peraturan 19 iklan Facebook di bawah garis panduan kesihatan peribadi.

Ia menetapkan bahawa iklan sedemikian tidak boleh mengandungi imej atau gambar perbandingan sebelum dan selepas yang memberikan suatu keadaan hasil tidak boleh dijangka atau tidak mungkin pun berlaku.

Kandungan iklan sebegini tidak boleh beri implikasi bayangan atau cuba menghasilkan persepsi diri negatif untuk tujuan mempromosikan diet, penurunan berat badan atau produk berkaitan kesihatan lain.

Gambar dekat bahagian badan

Peraturan ini juga berada di bawah dasar kesihatan peribadi ditetapkan Facebook iaitu mana-mana iklan yang menunjukkan penutupan bahagian tubuh badan tidak dibenarkan, walaupun konteksnya tidak bersalah.

Contohnya termasuk menutup imej anting-anting di telinga seseorang atau gambar seorang doktor yang sedang mengajar penuntut dengan penutupan bahagian tubuh di latar belakang foto iklan tersebut.

Untuk mengelakkan daripada menandakan iklan ditolak, anda disaran pilih imej secara berhati-hati dan ‘menembak’ apa-apa kandungan untuk media sosial dengan semak dahulu peraturan ini dalam fikiran.

Muzik atau video ada hak cipta

Anda mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan sebarang rakaman muzik atau klip video dalam kandungan iklan anda atau pihak Facebook akan bertindak ‘membisukan’ babak terbabit.

Jika bernasib baik, pentadbir Facebook hanya akan ‘mendiamkan’ sebahagian sahaja video dalam iklan anda terutama ketika ada adegan muzik yang jelas ada perlindungan hak cipta karya intelek sedang dimainkan.

Sebarang muzik yang digunakan dalam video atau bermain waima sebagai latar belakang video untuk iklan anda akan disemak ketat dan diperiksa terhadap pangkalan data hak cipta daripada jenayah cetak rompak.

Kesimpulannya

Jika pelanggan anda atau akaun anda sendiri sering dapat iklan tidak diluluskan tanpa alasan baik, nasib anda mungkin berakhir dalam senarai “nakal” Facebook kerana ini bermakna anda bakal jalani pemeriksaan teliti.

Mujur Facebook ada alat yang membolehkan anda melihat di mana masalahnya terletak dan mengapa anda telah dibenderakan kerana pelanggaran dasar supaya anda dapat mengelakkannya pada masa akan datang.

Facebook hanya melindungi pengguna dan meminta agar iklan perniagaan ikut peraturan selain memberikan pengalaman yang berkualiti dan relevan walaupun kadang-kadang agak mengecewakan kerana agak ketat.

Dasar iklan ini direka untuk bantu Facebook melindungi hak semua orang termasuk pengiklan dan pastikan anda mengenali polisi yang pengaruhi industri anda selain kesalahan biasa diulang banyak kali dilanggar.

Gunakanlah Perpustakaan Iklan Facebook atau alat inspirasi kreatif lain untuk anda mendapatkan idea bernas bagaimana dapat menjalankan iklan yang berjaya dan mudah diluluskan tanpa hadapi masalah besar.

Sekiranya akaun pengiklanan Facebook anda telah digantung atau ditutup, sila belajar dengan tonton tutorial menerusi Youtube untuk tahu bagaimana prosedur hantar rayuan bagi pengembalian semula iklan itu.