Petua jual secara ‘online’ yang jarang kita mahu tahu
Bigger.my • Mac 10, 2020
LAZIMNYA kunci dalam sebarang bentuk komunikasi bersama-sama seorang pengunjung dan kemudian tukar dijadikannya sebagai seorang pelanggan bermula dengan membina kepercayaan terlebih dahulu.
Mungkin produk anda adalah terbaik di dunia atau barang kali peralatan pejabat yang paling bosan dipakai, namun kedua-duanya boleh sahaja dijual dengan laris secara online atau atas talian ke seluruh dunia.
Rahsianya ialah jika pengunjung berkenaan tahu bahawa kamu sebenarnya adalah pengedar terbaik untuk produk atau perkhidmatan tersebut berbanding ramai lagi pesaing dalam bidang serupa di pasaran yang tepu.
Kita selalu diberikan nasihat tentang bagaimana untuk boleh mendapat kepercayaan melalui review atau ulasan di laman sesawang tertentu, serta pelbagai panduan bagi pikat pengunjung platform media sosial.
Sudah tentu kepercayaan dapat juga dibina melalui cara-cara lain yang tidak disenaraikan di sini, tetapi apa kata kita tinjau antaranya tujuh petua ringkas terlebih dahulu dan mungkin kita jarang mahu ambil tahu:
1.Bahasa jelas dan biasa
Perkara lazim diabaikan ini sering kali menyebabkan pengunjung kecewa. Anda perlu bertutur dalam ‘bahasa’ mudah bukan melemaskan mereka dengan pengunaan spesifikasi teknikal yang anda sendiri tidak fahami.
Gunakanlah gaya penulisan yang jelas dan ringkas malahan sentiasa fikirkan tentang latar belakang berbeza para pembaca. Jangan berlagak terlalu fokus dalam memberitahu mereka apa yang anda mahu maklumkan.
Tetapi fokuskan lebih dalam memberi sebanyak mungkin sebab atau kelebihan mengapa kualiti hidupnya bakal berubah menjadi semakin baik dan tidak ralat selepas beli produk atau perkhidmatan tertentu daripada kita.
2.Testimoni atau kesaksian
Jangan keterlaluan memuji produk atau perkhidmatan anda sendiri kerana jika ia betul-betul bagus, memang pasti anda akan dapat mencari orang lain sendiri untuk memujinya secara semula jadi tanpa sebarang upah.
Pastikan para pengunjung faham tentang testimoni atau kesaksian yang ditulis oleh pengguna sebenar sebelum itu, dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya nama dan syarikat, malah gambar pengguna ini.
Video juga merupakan satu lagi cara bukti yang baik untuk merakamkan kesaksian pelanggan jujur malah usah lupa bahawa video kesaksian harus dipaparkan sekali dengan kesaksian mereka secara bertulis.
3.Tanda pengesahan
Semua orang dapat membuat satu tanda pengesahan, jadi jangan biarkan diri anda tertipu dengan tanda-tanda pengesahan palsu tetapi majoriti daripada pengunjung memang percaya akan kenyataan rekaan.
Ini seumpama ayat berbaur syok sendiri seperti “Pendandan rambut paling dihargai di New York” atau “Tukang Paip Terbaik 2006” namun ingat kaedah pujian begini sangat tidak disukai pelanggan tetap jangka panjang.
Bagaimanapun apabila tanda pengesahan sebegini datang daripada pengiktirafan syarikat atau organisasi ternama, ia sememangnya akan menambah nilai kepada sesebuah kedai online untuk pikat pelanggan.
4.Sertakan alamat fizikal
Ini perkara yang sangat mudah kerana naluri semula jadi orang ramai memang ingin tahu bahawa adanya tempat untuk dikunjungi sekiranya masalah berlaku waima saiz premis anda kecil atau lokasi tersorok.
Mempunyai kedai sebenar selain daripada kedai melalui laman web adalah lebih baik, lebih-lebih lagi jika anda ada ramai pelanggan tempatan. Di Belanda sendiri, portal digitalstreet.nl telah menjayakan konsep ini.
Walaupun terpencil, ramai sanggup datang dari seluruh negara itu kerana lebih senang beli produk terus dari gedungnya. Jika tidak, siar alamat anda pada laman daftar keluar akan tambahkan kepercayaan pelanggan.
5.Selepas daftar keluar?
Selalunya timbul perasaan teragak-agak dalam semua keputusan pembelian sejurus sebelum pelanggan mahu mengklik butang “Bayar Sekarang” dan timbul persoalan cepumas: Apakah yang akan berlaku selepas ini?
Adakah pembeli dikenakan bayaran cukai, duti import, dan apa lagi caj tersembunyi? Bolehkah pilih kertas pembalut bungkusan? Maka terangkan apa yang akan berlaku selepas mereka menekan butang tersebut.
Dengan itu, bakal pelanggan sudah diberi makluman lebih awal dalam proses pesanan berkenaan dan tidak akan berlaku kejutan bahkan ia dapat dilakukan hanya dengan beberapa baris ayat pengesahan pembelian.
6.Ambil berat dalam cari untung
Yang paling penting adalah laman sesawang anda mencerminkan kepercayaan diri anda sendiri terhadap produk atau perkhidmatan yang anda beri dan tunjukkan anda memang ambil berat waima mahu untung.
Ingatlah bahawa hanya dengan papar senarai produk atau perkhidmatan sahaja tidak cukup tetapi sebaiknya, maklumkan juga kepada pelanggan mengenai syarikat anda, nilai utama serta kenyataan visi dan misi.
Selain daripada menunjukkan penglibatan anda bantu balik masyarakat menerusi tanggungjawab sosial korporat, ia juga menyebabkan faktor simpati dan kepercayaan pelanggan lebih panjang berterusan.