Wajib Kita Tahu Sebelum Buat Logo Produk Atau Bisnes

Bigger.my   •   Februari 18, 2020

SECARA asas, apabila logo di buat ianya berkait rapat dengan jenama malah sekiranya logo kita baik dan berkesan, orang akan ingat lebih mudah logo tersebut kerana logo yang baik boleh diletak di mana sahaja.

Ini terutamanya dalam bidang pengiklanan, ia bakal menyerlah di mata orang yang melihatnya. Ini dijelaskan Schalles Williams, pengurus kandungan kreatif di firma ternama dikenali LogoGarden.

Menurut beliau, sebaik sahaja kita membuat logo untuk bisnes dan mahu bina jenama untuk fasa permulaan, adalah penting untuk wujudkan garis panduan jenama yang sesiapa saja boleh ikut.

Jom kita ketahui apakah garis panduan jenama bersesuaian:

warna untuk logo

Image: dari sumber www.stephenmarron.com

Warna Logo

Kenal pasti terlebih dahulu warna teras logo kita adalah penting untuk identiti jenama kerana gagal kenal pasti kod khusus warna hex serta RGB (untuk web) boleh bawa kepada kekeliruan.

Bahkan penting untuk kenal pasti logo jika perlu ditukar kepada versi hitam dan putih serta apa-apa perubahan boleh digunakan sebab isu warna adalah sesuatu yang boleh menangkap mata.

Kajian penting telah dijalankan pada nilai sesuatu warna dan kesan pada minda manusia malah adalah satu fakta bahawa setiap warna sebenarnya mampu menyebabkan reaksi yang tertentu.

Justeru fahami secara asas ilmu psikologi warna adalah penting untuk mereka bentuk logo yang berkesan waima penggunaan kod warna berbeza boleh bawa kepada pelbagai makna berlainan.

Berhati-hati pilih warna untuk tingkatkan unsur dalam logo dengan penggunaan bayangan dan tona. Warna terang dan berani mungkin menarik perhatian tetapi ia boleh tunjukkan sifat ganas.

Logo guide

Image: sumber dari www.dribble.com

Standard Saiz

Penting untuk kita mempunyai skala seragam pada logo bagi kekalkan tahap integriti kerana banyak jenama seperti eBay turut memiliki standard yang membolehkan logo diterbitkan semula.

Dengan menetapkan saiz yang minimum, kita sebenarnya dapat lindungi logo kita daripada tidak dapat dibaca langsung terutama apabila dicetak dalam risalah atau disiar menerusi laman web.

Penting untuk jelaskan bahawa logo dicipta tidak perlu diregang atau diperluas untuk dimuatkan ke dalam ruang tertentu kerana ini bantu pelihara kebersihan, tidak comot dan garis kekemasan.

Malah ia boleh elak pelanggan daripada sukar nyah kod imej logo jika diregangkan. Strategi ini adalah satu elemen penting bagi kejayaan sesebuah perniagaan dalam jangka masa panjang. Artikle penuh mengenai standard penuh logo boleh diperolehi disini.

bentuk logo

Image: sumber dari https://type-ed.com

Bentuk Logo

Jika logo berasaskan teks, ia akan ambil masa untuk dicipta kerana gagal untuk sediakan garis panduan boleh bererti logo kita akan diterbitkan dengan font atau bentuk aksara yang salah.

Lebih aib jika imej jenama tampak macam disengetkan sedikit dan tindakan condong sedikit dari masa ke semasa boleh bawa perubahan yang besar selain tidak lagi menunjukkan jenama kita.

Di samping font yang digunakan dalam logo, mana-mana tagline, font laman web atau cetakan harus kekal konsisten serta sejajar untuk bantu kukuhkan jenama kita diingati para pelanggan.

Gagal kenal pasti font dan warna sesuai boleh bertukar kepada tidak konsisten. Satu contoh klasik ialah logo Fed Ex yang guna kombinasi huruf E dan x bagi membentuk imej anak panah.

Ini adalah salah satu contoh logo yang menggunakan font agak kelihatan biasa pada pandangan pertama tetapi dedahkan maklumat cukup menarik luar biasa apabila diperhatikan sekali lagi.

Samsung dan Toshiba pula lazim menggunakan font yang konsisten dalam logo mereka. Jika tiba-tiba ditukarkan kepada font yang lain, orang tentu akan jadi keliru dengan identiti mereka.

Mewujudkan satu jenama dan logo untuk bisnes adalah satu aset terbesar bagi perkembangan perniagaan dan dapat bantu pelanggan untuk berhubung dengan produk atau servis kita.

Tanpa lambang yang jelas, bakal pelanggan boleh hilang sebelum mereka berhubung dengan jenama kita. Anda boleh upah pereka luar untuk beri komen mengenai logo perniagaan anda.

Di samping perkongsian yang kami berikan, sebenarnya ketika ini ada banyak laman sesawang turut menawarkan perkhidmatan berpatutan untuk cipta logo. Anda boleh mencubanya sendiri.