Rahsia maksud logo di sebalik jenama popular dunia

Bigger.my   •   Mac 24, 2020

maksud disebalik logo

Setiap produk atau perkhidmatan perlukan logo sebagai identiti bagi setiap jenama mereka namun pernahkah kita terfikir rahsia tersembunyi di sebalik imej yang hasilkan itu.

Mungkin tampak ringkas tetapi ada banyak rahsia unik di balik tabir logo mereka. Jom kita hayati antara beberapa rahsia tersorok di belakang logo jenama popular ini

  • Amazon

  • Pepsi

  • Toblerone

maksud logo amazon

1. Amazon

Mereka yang suka beli-belah atas talian pasti tahu bahawa Amazon merupakan syarikat yang menawarkan pembelian secara maya dari Amerika Syarikat seumpama jika di Malaysia kita mungkin biasa dengan Lazada.
Amazon sangat popular di negara itu. Logonya ada rahsia tersendiri. Anak panah berwarna kuning merupakan simbol senyum kerana ia ingin pelanggan sentiasa berasa senyum gembira dengan apa ditawarkan selama ini.
Selain itu, kenapa anak panah dari A ke Z sahaja? Rahsianya kerana Amazon mahu menunjukkan bahawa mereka menawarkan keperluan manusia seperti dari huruf A sampai Z. Wah hebatkan strategi logo sebegini.

Maksud logo pepsi

2. Pepsi

Pepsi sangat terkenal gah di seluruh dunia waima tidak ketinggalan produk minuman karbonat berperisa sarsaparilla ini juga terkenal di Malaysia, namun apakah rahsia menarik di sebalik paparan logo jenama ini?
Logo Pepsi sebenarnya telah memasuki 10 kali pembaharuan bermula dari awal 1898 hingga 2008 dengan warna merah, biru dan putih menunjukan bendera Amerika Syarikat tetapi ada banyak rahsia tersirat.
Antaranya ialah lakaran simbol senyum, magnetik dan bentuk bumi namun yang paling gempar ialah jika logo diterbalik, ia papar perkataan ISDED (sedang mati). Terpulang anda percaya atau tidak dan mungkin kebetulan.

Maksud logo Tobleroe

3. Toblerone

Bagi penggemar produk coklat ini pasti anda tahu dengan jenama ini kan. Mana tidaknya rasa coklat yang sedap pasti menjadi pilihan semua orang tetapi tahukan anda apakah rahsia di sebalik logo jenama ini?
Imej gunung yang dipaparkan pada logo Toblerone ini sebenarnya diilhamkan dari lakaran bentuk gunung Aspen di Switzerland dan ini juga salah satu sebab produk coklat Toblerone dibuat berbentuk segitiga.
Perniagaan coklat Toblerone ini bermula di bandar Baden Swiss atau juga dikenali nama lain, Bandar Beruang dan hasilnya, ini menjadi penyebab kenapa logo Toblerone terdapat gambar seumpama seekor beruang.