Kenapa akaun iklan FB anda diban, disekat?

Avada News   •   June 2, 2016

Iklan fb diban pernah mengalami?

Anda mungkin pernah mengalami keadaan pahit ini apabila akaun untuk urus iklan Facebook tiba-tiba disekat tetapi tidak pasti adakah sebab langgar polisi penghantaran bahan di platform media sosial itu.

Justeru, artikel berikut akan rungkai apakah antara punca keadaan sebegini boleh berlaku dan pelajari cara sesuai untuk bantu anda pantau status akaun anda daripada hadapi situasi tidak diduga sebegini.

#1: Banyak kali tidak bayar akaun

Sekiranya anda secara konsisten sering berdepan penafian kaedah pembayaran untuk akaun iklan, pihak Facebook akan lihat ini sebagai tanda bendera merah dan akaun boleh digantung jika berterusan.

Malahan akaun bagi urusan pengiklanan tersebut akan dianggap seumpama penghutang teruk dan jika banyak kali bayaran lewat atau bil dihalang, ia mungkin letak anda dalam risiko langsung disekat.

#2: Kualiti laman agak rendah

Kerap kali langgar garis panduan komuniti menerusi laman Facebook seperti sebar berita palsu boleh menyebabkan kualiti laman jadi markah rendah sekali gus beri ancaman keupayaan untuk mengiklan.

Akaun anda boleh diharamkan waima polisi pengiklanan adalah berbeza daripada garis panduan komuniti, namun penghantaran bahan yang bersifat jelik kepada netizen tetap dianggap kesalahan.

(NOTA: Kaji balik pemarkahan mutu iklan)

Anda sebenarnya boleh semak markah kualiti iklan dengan layari seksyen Ads menerusi laman Facebook Ads Manager kerana satu daripada tiga metrik pemarkahan ialah mata kedudukan kualiti.

#4: Laman bahan begitu daif

Pihak Facebook boleh saring sebarang pautan kepada laman luar atau muat turun di laman bahan untuk memastikan anda patuhi peraturan pengiklanan dan berikut dianggap sebagai berkualiti rendah:

• Terlalu banyak gangguan material asing atau pop-up

• Tidak cukup maklumat atau terlalu tinggi aliran iklan

• Kandungan yang mengelirukan atau tidak relevan

• Kurang berfungsi seperti pautan, gambar, video

(NOTA: Kaji balik laman dengan alat khas)

Facebook ada sediakan Sharing Debugger yang membolehkan anda melihat apa maklumat yang ditarik daripada pautan laman bahan iklan jika ia ditolak walaupun anda sudah patuhi segala polisi ditetapkan.

Justeru, sila gunakan peralatan ini untuk memastikan maklumat pengiklanan anda adalah betul setelah diubah kandungannya kerana proses in akan arah pihak Facebook untuk bersihkan versi bermasalah.

Ia boleh didapati dengan layari https://developers.facebook.com/tools/debug dan lekatkan URL anda dalam kotak pencarian sebelum klik butang Debug atau Fetch New Information jika belum pasang lagi.

Katakanlah laman bahan anda langgar polisi Facebook kerana guna terma tidak dibenarkan, maka anda buat kemas kini dengan tukar terma asal kepada versi baharu untuk membolehkan iklan disiarkan balik.

#5: Ulang kali langgar polisi

Setiap pengiklan boleh diberi amaran kerana langgar polisi namun jika anda secara konsisten banyak kali ulang perkara sebegini, anda berisiko besar untuk berdepan dengan penutupan akaun iklan Facebook.

Sekiranya anda didapati sengaja sering gagal patuhi peraturan walaupun diberi amaran dan nasihat, pihak Facebook berhak haramkan langsung iklan anda daripada disiarkan buat selama-lamanya.

(NOTA: Kaji balik pelanggaran peraturan)

Anda boleh semak sejarah dan pantau akaun untuk tahu apakah kesalahan dibuat menyebabkan iklan disekat dengan buka Facebook Business Manager dan klik Account Quality di seksyen Create & Manage.

Apabila masuk halaman itu, sila pilih tempoh tarikh untuk dikaji semula daripada kalendar di bahagian atas kanan kerana di sini Facebook akan tunjuk iklan disekat dan polisi yang mana telah anda langgar.

Jika anda masih berasa tidak puas hati dan mahu segala iklan disekat itu dikaji balik, sila mohon dengan pilih check boxes atau kotak semak di tepi setiap iklan terbabit sebelum klik butang Request Review.