9 Rahsia buat Brand sendiri nampak hebat!

Bigger  •   Februari 17, 2020

biggerlogo

A PABILA mencipta Brand, anda bukan sekadar bercerita mengenai logo, warna dan slogan, tetapi sebenarnya  lebih daripada itu. Perlu fikirkan perihal nama Brand yang mudah diingati.

Jenama Juga ada mesej yang kuat menarik bakal pelanggan, sistem sokongan lain dan apa sahaja keperluan perundangan seperti pengesahan hak cipta dan tanda dagang atau trademark.

Namun, itu semua hanyalah permulaan bagi proses penjenamaan. Bagaimanakah anda mahu mencipta Branding yang biasa-biasa namun nampak hebat?

Apa kata baca 9 tip di bawah ini:

1. BAGAIMANA ORANG LUAR LIHAT ANDA?

Perkara menarik tentang jenama anda adalah bukan tentang apa anda katakan, tetapi apakah yang diperkatakan orang lain? Jadi, inilah perkara pertama yang patut dimulakan dari awal.

Dalam usaha bagi bangunkan jenama sendiri, anda wajar tahu apakah yang orang lain fikirkan. Cara paling mudah tahu respon pengguna terhadap jenama anda adalah melalui carian Google.

Juga bertanyakan rakan-rakan rapat atau lantik pihak ketiga untuk buat analisis secara bebas bagi pihak anda kerana mereka tidak terikat di samping langsung tiada kepentingan apa-apa.

2. BINA PLATFORM ONLINE

Jangan lupa untuk bina platform ‘online’ seperti blog atau laman sesawang sendiri, dan rapatkan hubungan anda dengan audien menerusi kandungan yang dipautkan terus kepada media sosial.

Ada pelbagai platform media sosial boleh digunakan seperti LinkedIn, Facebook Twitter ataupun boleh juga daftar Pinterest atau Instagram. Jangan tunggu sempurna, anda patut mula sekarang!

Apakah pula yang perlu anda lakukan di platform atas talian?:

  • Ada gaya penyampaian unik.
  • Bina senarai e-mel dihubungi.
  • Rekabentuk mudah diingati.
  • Slogan ‘catchy’ mampu jelas bisnes.
  • Jaga kandungan pemasaran.
  • Wujudkan rangkaian jualan.

3. SENTIASA SEMATKAN JENAMA DALAM DIRI

Penjenamaan bisnes sepatutnya jadi bahagian paling besar dalam diri anda dan sentiasa tersemat dalam apa sahaja bentuk tindakan yang dilakukan anda pada setiap hari.

Ia bukannya sekadar tampal nama atau lambang korporat pada baju seragam petugas yang dipakai kerana jenama tersebut mesti menunjukkan bagaimanakah anda sendiri bertindak.

4. KEKAL KONSISTEN

Sekarang fikirkan tentang satu jenama yang buatkan anda setia. Mungkin ia hanya syampu, ubat gigi, atau kicap kegemaran.

Kenapa jenama itu yang anda sangat percaya dan kekal setia? Ini kerana produk jenama kesayangan anda itu memang boleh diharap.

Begitulah sepatutnya anda bina jenama bisnes anda sentiasa konsisten agar pelanggan tidak ‘lari’ cari yang lain.

bina jenama brand

5. TINGKATKAN KESEDARAN UMUM TENTANG JENAMA ANDA

Anda sepatutnya membuatkan orang luar sedar kehadiran jenama anda di pasaran. Jadi, sebarkan maklumat jenama anda itu dengan guna teknik content seperti berikut:

Content bukanlah hanya sekadar artikel.. ( Content=artikel)

  • Anjurkan atau sertai sebarang program sosial.
  • Buat poster, infografik, risalah atau pelekat.
  • Tawarkan kandungan, tip dan nasihat percuma.
  • Kerjasama bisnes lain dalam situasi menang-menang.
  • Jangan sombong perlekeh jenama lawan.
  • Cipta peraduan melalui media sosial.
  • Lakukan kempen pemasaran.
  • Buatkan satu Video agar orang mengenangkan brand anda

6. JANGAN CUBA PUASKAN HATI SEMUA ORANG

Percayalah, biar macam mana hebat sekalipun, anda tidak pernah mampu puaskan hati semua orang. Maka, usah cuba jadi segalanya untuk setiap orang kerana kita bukannya Superman.

Anda cuma perlu belajar jadi satu jenama yang sebaik mungkin untuk segmen pelanggan tertentu. Jangan takut jadi diri sendiri kerana tidak semua orang boleh jadi seperti anda.

Ingatlah, anda bukan dalam bisnes untuk memuaskan hati setiap orang. Anda sebenarnya berada dalam kancah bisnes untuk bina jenama bisnes, bukan melegakan perasaan manusia.

7. HASILKAN NILAI

Anda sepatutnya mampu hasilkan nilai tersendiri dalam setiap perkara dilakukan. Tidak perlu tunggu jadi gah seperti jenama Apple untuk buat produk yang hebat di pasaran antarabangsa.

Malahan, cuba bayangkan produk berstatus biasa seperti jenama Ikea pun mampu beri banyak nilai kepada pelanggan mereka sendiri meskipun kos rendah dan dijual harga murah.

Apabila memikirkan tentang nilai yang boleh ditambah, cuba tanya soalan berikut kepada diri:

  • Apakah yang membezakan produk, perkhidmatan dan syarikat anda dengan pesaing?
  • Apakah nilai yang anda tawar dan bagaimana ia membezakan anda dengan pesaing?
  • Bagaimana manfaat yang anda beri mampu tinggal kesan kepada emosi pelanggan?
  • Apakah produk dihasilkan anda memberikan cukup nilai yang bersesuaian harganya?
  • Apakah jenama anda bersebati dengan cara bagaimana anda memasarkan diri anda?

8. KUATKAN JENAMA ANDA DENGAN JENAMA KUAT

Tahukah anda, jenama anda boleh dikuatkan atau dilemahkan oleh hubungan anda dengan jenama lain? Cuba cari jenama kuat yang boleh digunakan untuk melonjakkan jenama anda.

Anda boleh mula dengan lihat tiga entiti penting ini – syarikat, kolej dan rakan kerja. Misalnya, anda boleh sumbang artikel kepada laman web alumni, tulis surat berita syarikat, atau blog.