Kenapa perniagaan harus buat website dan perlu website?

Bigger News   •   September 9, 2020

webiste, kenapa

Jika anda seorang pemilik perniagaan, anda pastinya tertanya-tanya mengapa perlu adanya website sedangkan ramai antara kita berinteraksi di media-media sosial. Betul tak? Apa bestnya kalau kita ada website?

Mahu tidak mahu, semua entiti perniagaan perlukan sebuah website. Kenapa? Kerana Ia merupakan sesuatu keperluan yang amat penting bagi sesebuah syarikat bagi memperluaskan dan memberitahu jenama mereka kepada khalayak ramai.

Jika perniagaan tiada website bagaimanakah mereka ingin mengetahui informasi berkenaan perniagaan anda? Sama ada anda adalah syarikat besar ataupun kecil atau orang perseorangan yang ingin berkongsi maklumat.

Website perlu dibangunkan kerana ia merupakan platform yang mudah dicapai oleh orang ramai walaupun berada di mana-mana pun dan ia juga merupakan salah satu cabang pemasaran digital yang perlu anda ada.

Cuba bayangkan, ada memiliki akaun Facebook dengan beribu-ribu folower tetapi pada satu hari akaun itu digodam. Semua data, coretan dan follower anda hilang dalam sekelip mata. Namun jika anda memiliki website, masalah akaun digodam dan follower hilang tidak akan menjadi ancaman kepada perniagaan anda.

webiste, kenapa

Kembali ke zaman tanpa teknologi dahulu, bagaimana pengusaha menyebarkan maklumat dan jenama mereka? Kebanyakan mereka biasanya akan menggunakan strategi mengedarkan brochure,  flyer yang biasanya diedarkan di pasar-pasar raya, di setiap rumah dan pelbagai cara kreative lagi yang mereka lakukan, itu adalah salah satu contoh yang di gunakan.

Kalau diikutkan banyak lagi cara tradisional yang boleh diguna pakai. Namun begitu cara begini adalah terhad dan tertumpu kepada sesuatu kawasan sahaja dan kos yang diperuntukkan juga agak kasar berbanding dengan  apa yang laman website kita tawarkan.

Bayangkan lah juga dengan website business yang anda telah banggunkan memberi 1001 jawapan kepada orang ramai mengenai syarikat anda. Maknanya anda menerangkan secara detail dari A hingga Z mengenai syarikat anda ditambah lagi dengan teknologi terkini anda menjimatkan masa dalam membuat sesuatu closing sale hanya menggunakan robot chat yang diletakan dalam website anda. Dimana robot chat ini  berfungisi sebagai penghubung untuk anda dalam memberi penerangan dan penjelasan mengenai syarikat anda.

Mengapa khalayak ramai dan Syarikat-syarikat melayari internet atau google?  Mudah jer… mereka kebanyakan mencari informasi (contoh: seperti di bawah). Dan kenapa mereka akan melayari website anda? Kerana informasi yang mereka cari ada di dalam website perniagaan anda.

Jadi jika anda membangunkan website perniagaan anda, pastikan anda memberikan informasi yang banyak mengenai perniagaan dan jenama anda. Keadaan ini menunjukkan anda tidak mencari pelanggan tetapi pelanggan itu sendiri yang datang mencari melalui google dan anda pula telah mempunyai pelanggan yang berkualiti dan bakal memerlukan perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan.

Contoh: Jika seseorang itu mencari informasi mengenai ubat sakit lutut dan ditaip dalam ruangan search di google “Ubat Sakit Lutut” perkataan yang berkaitan dengan ubat sakit lutut akan dicapai dan dipaparkan google untuk khalayak melihat dan melawat website  yang berinformasi mengenai ubat sakit lutut itu.

Dengan adanya website perniagaan senidiri, anda sebenarnya telah mempunyai peluang besar untuk perniagaan anda. Bukan itu sahaja malahan ia membantu dari segi pemasaran yang luas dan penerangan yang lengkap mengenai syarikat perniagaan anda.