Saingan sengit dalam perniagaan haruskah kita mengalah dan Menganggap ketentuan Ilahi?

Bigger.my  •   Mac 4, 2020

SECARA umumnya, dalam perniagaan secara internet, kita akan jumpa aneka halangan. Kaedah pemasaran yang berjaya digunakan sebelum ini tidak semestinya berguna pada masa akan datang.

Malah lebih banyak persaingan pula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Malangnya, kos pemasaran juga semakin meningkat. Ini belum lagi campur kes orang dengki lihat lawannya.

Isu sebegini memang ada dalam dunia bisnes online ini. Usah kira masalah parasit, tikam belakang, dan macam-macam lagi kerenah gila seumpama babak filem Tamil atau drama bersiri Indonesia.

Bagaimanapun, adakah kita perlu mengalah dan anggap ini sekadar ketentuan takdir Ilahi? Perkara normal dalam dunia perniagaan tanpa sempadan ini, akan ada banyak cabaran sengit yang menanti!

Maklumlah, jika tiada cabaran, bagaimana hendak jadi maju dan berdaya saing waima dengan ada pelbagai cabaran ini, barulah kita akan menjadi lebih kuat dan akan bersedia bila-bila masa sahaja!

Justeru, sebagai usahawan internet, anda perlu:

1) Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Jika orang guna FB Ads, kita kena guna malah kalau orang guna Google Adwords, kita pun kena guna! Whatssapp, kita pun kena ada.

2) Tidak terlalu bergantung dengan satu-satu medium pemasaran internet. Gunakan apa saja yang boleh bantu bisnes anda seperti FB, Google, e-mel, forum, web/blog, instagram dan lain-lain lagi.

3) Kumpul pangkalan data! Ya, dapatkan ‘database’ pelanggan secara sah. Anda boleh kumpul dengan e-mel, nombor telefon daripada pelanggan yang sedia ada dan kena cepat bertindak!

4) Tingkatkan kesedaran terhadap penjenamaan atau branding! Bila orang kenal jenama kita ni, lagi senang untuk terus berniaga kerana tidak perlu susah payah cari orang, tapi orang akan cari kita!

5) Kreatif! Ya, kena sentiasa berseni kreativiti dalam dunia bisnes! Tidak cukup buat sama macam orang lain buat! Persaingan sengit, maka kena jadi lebih kreatif lain daripada yang lain. Bagaimana tonjolkan bisnes kita berbanding pesaing? Kaji pesaing anda dan buat lebih daripada pesaing anda!

6) Bertindak pantas ketika peluang muncul! Ini antara rahsia ramai jutawan di internet! Contohnya, apabila ada produk laris yang memiliki permintaan tinggi di pasaran, kita cepat-cepat lancarkannya secara besar-besaran sebelum pesaing sedar dan cuba masuk perkara sama.

7) Kos pengiklanan! Ya jangan terlalu kedekut untuk melaburkan wang kepada bisnes anda. Tidak kira apa jua jenis pengiklanan pun – FB Ads, Google Ads, yang penting anda mesti berani melabur kerana tiada kos pengiklanan, maka tiadalah jualan, ingat tu!

8) Rangka timeline bisnes anda untuk tempoh 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun. Sediakan pelan kecemasan jika perniagaan hampir gagal, malah sediakan rancangan seterusnya jika anda sudah berjaya capai satu tahap yang baru.